Thursday, December 25, 2008

==tentang kawan==

kawan tu bukan macam main futsal, mula-mula kejar, dah dapat sepak...

kawan tu bukan macam main skate, mula-mula gosok, lepas tu pijak...

kawan tu bukan macam main ragbi, mula-mula tangkap, dah dapat...tendang...

kawan tu bukannya macam pampers, dah pakai...buang...

kawan tu bukannya macam barang kemas, waktu baru beli, pakai, dah sengkek, gadai...

kawan tu bukan macam pelangi, hari cerah takde, hujan gerimis baru muncul...

kawan tu bukan macam kereta, rosak sikit jual...amik kereta baru...

kawan tu bukan macam chipsmore, kejap ade kejap takde...

kawan tu bukan macam bank, bile dah takde duit, pegi kat sana amik...

lagi...kawan tu macam...? haa..kawan tu macam awak la...bila saya tulis ni, awak semua akan baca denga teliti sampai habis.

Walau apapun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan tidak akan membiarkan kawan die menangis, sedih, berduka, dan sebagainya.Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang apa saja perkara, yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya...

~~fikirkanlah~~

disaat ibumu tertidur lelap
cuba kamu pandang dia dalam-dalam
dan bayangkan...
matanya takkan terbuka untuk selamanya
tangannya tidak mampu lagi untuk menghapus air mata kita
dan...
tidak ada lagi nasehatnya yang selama ini sering kita abaikan
bayangkan ibumu sudah TIADA...
dan...
apakah kamu sudah membahagiakannya?
yang sekian kalinya dia selalu membahagiakanmu...
memenuhi kehendakmu...
apakah kamu pernah berfikir?
betapa besar pengorbanan ibumu...
jika kamu termasuk orang yang kasih pada ibumu...
FIKIRLAH...

~doa rabiatul adawiyah~

"jika CINTAku padaMu
kerna takutkan bahang nerakaMu...
Engkau masukkan dan bakarlah daku d dalamnya...

jika CINTAku padaMu
kerna inginkan syurga...
janganlah Engkau masukkan daku d dalamnya

NAmUn...

jika CINTAku padaMu
kerna aku kasih padaMu
Janganlah Engkau tutup pandanganMu dariku..."

Wednesday, December 24, 2008

~~12 nasehat buat kaum ukhti muslimah~~

1. Jauhilah olehmu banyak bicara (yang tidak bermanfaat) dan jagalah mulutmu dari cerewet.wah wah ini dia kebiasaan yang sulit dihilangkan cerewet,...tapi chayok pasti bisa ko,...

2. Bacalah Al-Qur'an,dan berusahalah agar ia menjadi wirid harianmu, juga berusahalah untuk menghafalnya

3. Tidak baik jika kamu membicarakan semua pembicaraan yang telah kamu dengar, sebab yang demikian itu memberi peluang kepadamu untuk jatuh dalam lubang kebohongan.

4. Jauhilah sifat sombong dan bangga diri dengan sesuatu yang bukan milikmu kerana untuk pamer dan menyombongkan diri didepan manusia.

5. Sesungguhnya zikir kepada Allah memiliki pengaruh yang agung bagi kehidupan roh, jiwa, badan, dan sosial seorang Muslim.

6. JIka engkau hendak berbicara janganlah engkau agung-agungkan, jangan engkau fasih-fasihkan, dan jangan pula engkau buat-buat, sebab yang demikian itu adalah sifat yang dibenci oleh Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam

7. Hendaklah engkau berteladankan Rasulullah Shallahu'Alaihi wa Sallam, yang sentiasa lebih banyakdiam dan berfikir. tidak memperbanyak tertawa apalagi berlebihan didalamnya.

8. Jangan sekali-kali memutus pembicaraan orang lain atau membantahnya atau menampakkan pelecehan terhadapnya, tetapi jadilah pendengar yang baik yang mendengarkan pembicaraan orang lain dengan sopan (sebagai tanda budi baikmu)

9. Waspadalah spnuhnya dngan sikap mengejek dan merendahkan dialek pembicaraan orang lain, seperti terhadap orang yang kurang lancar bicaranya atau terhaap mereka yang berbicara dengan tersendat-sendat.

10. Jika engkau mendengar bacaan Al-Quran, maka hentikan pembicaraanmu apapun masalah yang sedang engkau bicarakan, kerana menghormati terhadap kalamullah

11. Sentiasa menimbang kata-kata (ucapanmu) sebelum diucapkan oleh lisanmu

12. Pergunakanlah lisanmu untuk beramar ma'ruf dan nahi mungkar serta untuk berdakwah kepada kebaikan, kerana lisan adalah nikmat Allah yang agung yang telah dikurniakan kepadamu.

~~Appreciate the one that you've got... ~~('',)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini................('',)

==:: ada apa dgn wanita ::==

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Panduan Imam Al Ghazali

Beberapa panduan Imam Al Ghazali
supaya kita tidak bersifat sombong dan
angkuh...

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia
daripada kita..kerana kanak-kanak ini
belum banyak melakukan dosa daripada
kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua..
anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim..
anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana banyak ilmu yang telah
mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil..
anggaplag mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka membuat dosa dalam
kejahilan..sedangkan kita membuat
dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat..jangan
anggap kita lebih mulia kerana mungkin
satu hari nanti dia akan insaf dan
bertaybat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang
kafir..katakan didalam hati bahawa
mungkin satu hari nanti mereka
akan diberi hidayah oleh Allah dan
akan memeluk Islam..maka segala dosa
mereka akan diampuni oleh Allah.

Keredhaan Ilahi cita-cita dihati.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan
sinar...meskipun ribuan mata tidak
melihatnya...